Monday, 14 November 2016

LATIHAN PENGUNGSIAN DI MRS SERI ISKANDAR

Nama Program : Latihan Penungsian Bangunan Oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Seri Iskandar
Tarikh               : 21 Oktober 2016 (Jumaat)
Tempat             : MRS Seri Iskandar, Daerah Perak Tengah.
Anjuran            : Jawatankuasa Latihan & Promosi EKSA JKSPk


Satu program Latihan Pemungsian telah diadakan oleh Jawatankuasa Latihan & Promosi Jabatan Kehakiman Syariah Perak bertempat di MRS Seri Iskandar, Perak. 

Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan MRS Seri Iskandar khususnya dan kakitangan jabatan amnya berkenaan konsep pengunsian bangunan dan sistem pencegahan kebakaran bangunan. Dalam masa yang sama peserta didedahkan dengan cara-cara untuk menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku dan cara pengendalian alat pemadam api.

Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Zaiful Afandi bin Ahmad ( Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar) dan Tuan Amat Sapekis bin Rosman ( Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar)

Program ini telah dihadiri oleh 40 orang kakitangan yang terdiri daripada kesemua Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSPK, kesemua Penyelaras dan Setiausaha setiap zon JKSPK dan kesemua kakitangan MRS Seri Iskandar.

Sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan terlibat pada program yang diadakan ini.


Sesi bergambar para peserta yang hadir bersama YAA Dato' Hj. Asa'ari bin Hj. Mohd Yazid,
Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak 

Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar sedang bersiap sedia bagi menjalankan simulasi menyelamat dan memadamkan kebakaran.

YAA Dato' Hj. Asa'ari bin Hj. Mohd Yazid dan para peserta sedang tekun mendengar taklimat yang sedai disampaikan.

Latihan pengungsian sedang dijalankan oleh anggota Bomba dan Penyelamat.

Salah seorang anggota bomba sedang memberikan taklimat kepada para peserta

Walaupun panas pagi kian membahang, namun komitmen para peserta tetap utuh mendengar taklimat yang disampaikan.

Dari kiri : YA Tuan Hj. Mohd Taifor bin Hj. Ahmad Rusdi, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Syariah Perak, YAA Dato' Hj. Asa'ari bin Hj. Mohd Yazid, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak dan Tuan Zaiful Afandi binAhmad, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar.


No comments:

Post a Comment