Monday, 14 November 2016

AKTIVITI EKSA MRS SERI ISKANDAR


Pada tanggal 7 - 11 November 2016, semua kakitangan MRS Seri Iskandar telah diarahkan oleh Tuan Muhamad Faizal bin Abdul Wahab, Penyelaras EKSA Zon Seri Iskandar untuk menjalankan aktiviti EKSA di MRS Seri Iskandar sebagai persiapan untuk menghadapi audit dalaman EKSA yang akan dijalankan pada 15 November 2016 ini . Aktivit ini dijalankan pada sebelah petang disamping menjalankan tugas-tugas hakiki seperti biasa.

Hasil kesungguhan dan komitmen semua kakitangan, aktiviti ini berjaya dijalankan dengan jayanya.
Sesungguhnya segala komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh semua kakitangan amatlah membanggakan dan di harap pada masa akan datang aktiviti seperti ini akan dilaksanakan dengan jayanya.



                                         
Hari Pertama aktiviti EKSA di MRS Seri Iskandar.
Tn. Mohammad Najib sempat berselfie sambil berpesan " Kak, tampal elok-elok yer.... "



Hari Kedua bersambung dengan aktiviti EKSA. 
Kelihatan Pn. Adhiyah dan Pn. Ain asyik membalut kotak untuk dijadikan tempat letak payung.

Contoh Kad Pergerakan Kakitangan yang telah dihasilkan hasil kreativiti dan idea Puan Norliza.



Hari Ketiga aktiviti EKSA dijalankan.
Pn. Norliza, Encik Hazizi dan Pn. Ain sibuk menyiapkan kad pergerakan pegawai.




Hari Keempat aktiviti EKSA dijalankan.
Hasil Kerativiti dan ketekunan En. Saiful dan En. Marzuki,En. Sulaiman, En. Musa. En. Zakaria dan En. Torib menyiapkan tempat duduk dari bahan buangan.
Kreatif...!





No comments:

Post a Comment