Monday, 14 November 2016

CARTAORGANISASI EKSA MRS SERI ISKANDAR

Tahun 2016 merupakan tahun permulaan bagi pelaksaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di MRS Seri Iskandar. Hal ini kerana MRS Seri Iskandar yang sebelum ini beroperasi di Kampung Gajah, Perak telah berpindah ke lokasi baharu iaitu di Bandar Seri Iskandar bermula bulan Jun tahun 2015.

Seiring dengan perpindahan ke bangunan baru, suatu penyusunan semula organisasi EKSA di MRS Seri Iskandar telah dilakukan bagi membolehkan pelaksanaan EKSA dilakukan di tempat baharu.

Berikut merupakan organisasi baharu EKSA MRS Seri Iskandar yang telah dibentuk :



Semoga dengan terbentuknya organisasi baharu ini, komitmen dan kerjasama dapat diberikan oleh semua kakitangan demi memajukan lagi pelaksaan EKSA di MRS Seri Iskandar khususnya dan di Jabatan Kehakiman Syariah Perak amnya.

"Selamat Maju Jaya"

No comments:

Post a Comment